TEAMWORK

TEAMWORK

2009-2014

2009-2014

Tuesday, November 1, 2011

Carta Organisasi KEREK Penggal 2011/2012


Selamat Menjalankan Tugas Buat Semua Tenaga Penggerak
Kelab Kembara Rekreasi UniKL BMI
untuk tahun 2011 / 2012

Monday, October 31, 2011

Event Akan Datang!!!



XPDC BERAKIT SUNGAI NENGGIRI, GUA MUSANG, KELANTAN
( 1 - 5 / 12 / 2011 )

PERJALANAN PROGRAM:-
MENAIKI KERETA API DARI KL SENTRAL KE GUA MUSANG
BERAKIT SEJAUH 80 KM SELAMA 3 HARI
MEREDAH PELBAGAI JENIS JERAM YANG MENCABAR
BERMALAM DI GUA CHA (TAPAK ARKEOLOGI)
AKTIVITI BERSAMA ORANG ASLI
BERKONSEPKAN "TOTAL SURVIVAL"


SERTAI KAMI UNTUK PENGALAMAN YANG TIADA BANDINGAN!!!

BAYARAN : RM 150 / PAX

MAKLUMAT LANJUT:

BENTARA GURU = 013-4593003
BAK AUS = 017-9739303

DIBAWAKAN KHAS OLEH:

-SAHABAT WARISAN ADVENTURE TEAM-

&


OUTDOOR BMI

Tuesday, October 18, 2011

Induksi KEREK



Gombak, Selangor Darul Ehsan , 14 Oktober 2011 - Seramai 54 orang ahli kelab kembara rekreasi Unikl BMI telah mengikuti perkhemahan induksi kerek yang berlangsung pada 16 bertempat di kem Alang Sendayu, Batu 12, Selangor. Perkhemahan ini diadakan selaras dengan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) kelab. Pemilihan ahli jawatankuasa (AJK) bagi sesi 2011/ 2012 telah diadakan pada perkhemahan ini. Selaras dengan tradisi kelab ini yang sentiasa melakukan AGM di tempat semula jadi, AGM kali ini daiharapkan dapat melahirkan AJK yang berkaliber dan berdedikasi dalam menggalas tanggungjawab untuk meneruskan kesinambungan perjalanan kelab ini.Sepanjang perkhemahan ini diadakan, ahli kelab telah didedahkan dengan asas rekreasi yang mana ia merangkumi ilmu asas ikatan dan simpulan, asas tali tinggi, asas ikhtiar hidup, asas kraf perkhemahan dan juga pembentukkan sahsiah diri. Program ini telah dikendalikan sendiri oleh tenaga penggerak kelab yang terdiri daripada ahli-ahli lama yang berkelayakan dalam bidang rekreasi. Pendedahan telah dilakukan dengan cara "hand-on" yang mana ia memberikan suatu pengalaman baru bagi diri mereka. Teknik pembelajaran sebegini akan memudahkan mereka faham akan teknik yang diperlukan dalam melakukan sesuatu kerja berkaitan rekreasi. Perkhemahan ini juga dilakukan secara "Total Survival" yang mana ahli diperlukan untuk memasak sendiri sepanjang perkhemahan.


Selain dari mempelajari teknik asas dalam bidang rekreasi, perkhemahan ini juga diisikan dengan pembinaan sahsiah diri dimana ia akan merapatkan jurang diantara ahli baru dan lama lantas mengeratkan hubungan mereka. Ini akan memudahkan mereka untuk berkomunikasi sesama sendiri dan dapat bekerja dalam satu pasukan yang mantap. Pemilihan AJK atau penggerak kelab bagi sesi 2011/2012 juga diharapkan dapat meningkatkan lagi pengisisan aktiviti kelab lantas menjadi nadi utama dalam menggerakkan program dan juga ativiti akan datang.



Menurut penasihat kelab, En. Muhammad Irwan Omar, dalam ucapannya semasa sesi pemilihan AJK baru, beliau mengharapkan ahli-ahli kelab ini untuk sentiasa bekerjasama dalam setiap perkara. Ahli kelab diminta untuk tidak bersikap berkira dalam melakukan setiap perkara. Ahli kelab juga diharapkan dapat memberikan komitmen dalm setiap program yang dianjurkan dan seterusnya mendalami ilmu rekreasi sebaik-baiknya. Tambah beliau lagi, ahli kelab tidak seharusnya hidup berpuak-puak kerana mereka diibaratkan satu keluarga di dalam KEREK. Perselisihan faham, kecil hati, marah dan sebagainya adalah lumrah biasa dalam suatu hubungan sesama manusia tetapi perkara tersebut tidak seharusnya dijadikan alasan untuk tidak memberikan komitmen dan mengikuti aktiviti.

Presiden kelab sesi 2011/2012, En. Amzar Kamalul Arifin berkata, beliau mengharapkan agar ahli kelab ini dapat berkerjasama dengan beliau dalam menjalankan segala program yang akan diadakan kelak.

Pada malam terakhir, ahli-ahli kelab telah dijamu dengan kambing golek dan ayam panggang. Ini diadakan bagi mengahargai usaha dan penat lelah AJK sesi 2010/2011 seterusnya sebagai tanda selamat datang dan selamat bertugas kepada AJK sesi 2011/2012. Pekhemahan ini diakhiri dengan aktiviti "waterfall repailling" yang bertempat di Air Terjun Sg. Pisang, Selangor pada hari ahad, 16 Oktober 2011.

Setiap ahli diberikan peluang untuk mencuba kemahiran dan keberanian mereka menuruni air terjun. Kepuasan jelas terpancar di muka setiap ahli selepas aktiviti tersebut. Biarpun ada yang menggigil ketakutan namun aktiviti tetap dilakukan sehingga tamat. Diharapkan agar Kelab Kembara Rekreasi UniKL BMI dapat terus hidup dan bergerak dalam melaksanakan aktiviti rekreasi di Malaysia. - En. Elroy Bansi Gersit












Monday, July 4, 2011

KURSUS KAYAK BINTANG 1 SIRI 5 2011 (W.P.K.L)


Imbasan Aktiviti:























Aktiviti : Kursus Kayak Bintang 1 Siri 5 2011 (W.P.K.L)
Lokasi : Kompleks Rakan Muda Sukan Air & Udara, Desaru, Johor
Tarikh : 3 Jun 2011 - 6 Jun 2011 ( 4 hari 3 malam)
Anjuran : Jabatan Belia & Sukan Negeri Johor
Kerjasama : Persatuan Kanu Negeri Johor
Naungan : Kementerian Belia & Sukan Malaysia
Bil. Peserta : 40 orang

Friday, April 15, 2011

PERAK SUUNTO ORIENTEERING CUP 2011

Lokasi : Lost World of Tambun
Tarikh : 5-6 Mac 2001
Jangka Masa : 2 Hari 1 Malam
Anjuran : SNR Adventure Consultant
Bilangan Peserta : 38 orang

TAHNIAH KEPADA PEMENANG!!!





Tuesday, April 12, 2011

KURSUS ASAS REKREASI LEVEL 1

KURSUS ASAS REKREASI LEVEL 1 KBS
15 - 18 APRIL 2011
KOM. RAKAN MUDA DESARU,JOHOR
30 PESERTA SAHAJA